Teater Kehidupan
Peringatan Untuk Diri Ini. Meneliti dan Mengkaji PSIKOLOGI(kelakuan), ANTROPOLOGI(Manusia) dan SOSIOLOGI(masyarakat) agar membangkitkan keinsafan diri dan kesedaran BERTUHAN. Dari tanah kembali kepada tanah. Hidup ini menari dalam Taman amal-budi.
KASYFUL GHUMMAH
Saturday, September 26, 2009
Friday, September 25, 2009
Oleh Kerana Mata
Maksiat utama dilakukan oleh seseorang lelaki ialah bersumberkan matanya. Melihat perempuan yang seksi dan video lucah boleh merangsang nafsu syahwatnya. Mata lelaki kalau tidak dijaga dan dirapikan dengan iman akan membawa kepada maksiat atau jenayah akhlaq yang lain termasuklah merogol. Allah SWT memberi amaran:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan." (surah an Nur: 30)
Allah menyuruh kita agar menjaga pandangan dan dan memelihara kehormatan kita. Dua perkara ini perlu dilakukan jika mahu menjadi lelaki beriman.
Perempuan juga seharusnya menjaga aurat mereka agar kaum adam tidak terpengaruh dengan hiasan kalian. Hiasan yang keterlaluan menyebabkan mata-mata lelaki memandang kaum hawa. Ini adalah fitrah kejadian Tuhan dimana kedua-dua kaum ini mempunyai magnet tersendiri.
Tuesday, September 22, 2009
Kunjungi Madrasah Deoband
Monday, September 21, 2009
Kebahagiaan
Kekayaan tiada boleh membeli kebahagiaan
Kebahagiaan bukan pada kereta, rumah, pangkat, duit dan isteri cantik
Tetapi kebahagiaan adalah soal hati
Bagaimana hati diurusi
Kebahagiaan ada pasang-surutnya
Paling penting kita siraminya selalu
Sebalik duka, ukir sebuah kebahagiaan
Dengan ketukan hati beralunan zikiri
Wahai diriku
Wahai ahli keluargaku
Wahai sahabat
Wahai manusia
Cari kebahagiaan dengan melurusi jalan kehidupan
Berpasak al Quran
Bertulang-belakangkan sunnah
Agar tiada terbabas dalam pecutan zaman
Jalan sana masih luas
Pencarian kebahagiaan meniti hari
Kini dan selamanya
Kelak nanti kita diadili
Belawai, 18/11/06
Menjelang berangkat pulang ke kampung
Saturday, September 19, 2009
PERTOLONGAN ALLAH SWT: KEPADA SIAPA?
“ Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan
sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata:
"Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia
menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat
pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat
sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa
disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan
menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah
Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; - (Surah al Hajj: 40)
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah
di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan
mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan
perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (surah al Hajj:41)”
RENUNGAN CHEGU RIDHWAN
Satu
keberanian mengatakan yang haq; ‘Tuhan kami ialah Allah’ merupakan satu perbuatan yang terpuji. Dalam satu majlis yang ada aktiviti maksiat, sejauh manakah kita menerjemahkan ‘Tuhan kami ialah Allah’ bagi menghalang kemaksiatan berlaku?. Aku masih gagal.
Dua
Mana mungkin Islam membenarkan keganasan. Islam akan memerangi jika diperangi dan diancam.
Tiga
Siapakah penolong agama Allah?. Penolong agama Allah mempunyai beberapa ciri:
1. Mendirikan solat
2. Memberi zakat
3. Menyuruh berbuat kebaikan
4. Melarang melakukan kejahatan dan kemungkaran
Inilah adalah ciri penolong agama Allah.
Kita sebagai manusia biasa bimbang tentang kemiskinan dan kemelaratan. Tidakkah kita berfikir kenapa kita hidup melarat dan kenapa Allah tidak menolong umat Islam sedangkan orang non muslim kaya-raya?. Mungkinkah kita tidak layak diberikan pertolongan oleh Allah SWT.
Kemiskinan dan kemelaratan adalah ujian Allah SWT. Allah SWT ingin melihat sejauhmanakah kesabaran kita, tawakal kita dan pengharapan kita kepadaNya. Sedang kita diuji, kita masih tiada perasaan agama sehingga kita tidak kembali kepadaNya. Kita tiada perasaan : ‘ bagi Allah jualah kesudahan segala urusan’. Kita masih menyembah material dan penguasa kita. Bagaimanakah Allah nak beri pertolonganNya jika kita tidak kembali kepadaNya. Kita tidak mempunyai ciri-ciri penolong agama Allah.
Inilah renungan daku setelah sampai pada ayat ini..
19/9/09
SANDAKAN
Cerdik Bangsa Pengguna Bukan Bangsa Pencipta
"Zul Design" Kecewa Orang Cerdik Kurang Dipupuk
SEREMBAN, 22 Mei (Bernama) -- Zulkifli Haron, pencipta yang pernah menghasilkan rekaan luar biasa termasuk "kereta boleh bercakap", berasa kecewa kerana masih kurang usaha dijalankan untuk melahirkan lebih ramai golongan cerdik di negara ini.
Beliau melihat perkembangan pendidikan rekabentuk di sekolah-sekolah tempatan masih statik malah masih ramai guru dan pelajar yang menganggap bidang itu hanya untuk mengisi masa lapang dan tidak mampu menjana pendapatan.
"Sampai sekarang kita hanya ada Zul Design dan tidak melihat Ahmad Design atau Salleh Design. Persoalannya ke mana pelajar kreatif kita pergi selepas tamat sekolah," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Zul Design merupakan syarikat pertama beliau yang berpangkalan di Rawang sejak 25 tahun lepas dan telah berjaya melahirkan ribuan ciptaan seperti mesin automatik membuat kuih sehinggalah kepada kereta untuk Orang Kurang Upaya.
Zulkifli melihat kegagalan negara dalam melahirkan perekacipta dalam bidang kejuruteraan disebabkan pelajar kreatif ini tidak dipupuk selepas mereka menamatkan pengajian.
"Mereka ini kebanyakannya tidak pandai dalam soal akademik dan gagal masuk universiti. Di universiti pula, kita banyak melahirkan jurutera yang pandai dalam akademik dan cemerlang dalam peperiksaan tetapi tidak mampu melahirkan ciptaan," katanya.
Zulkifli berkata syarikatnya mengambil ramai golongan kreatif untuk melahirkan ciptaan mereka tetapi, menurut beliau, itu belum mencukupi kerana matlamatnya ialah agar kerajaan dapat membuka mata untuk meletakkan golongan istimewa ini ke satu tempat khas supaya mereka dapat membantu melahirkan pelbagai teknologi dan ciptaan baru.
"Hari ini kita sudah ada pelbagai macam pertandingan rekacipta, itu pun masih kekurangan sokongan kerana banyak ciptaan tidak dimaju atau dikomersilkan," katanya.
-- BERNAMA
Friday, September 18, 2009
Riang Alam
Pepohonan hijau tersenyum
Riang ketawa unggas
burung bebas berterbangan
Pulang Pada lewat senja
Kami perlukan bantuan kalian..
Ekoran itu, kami memerlukan bantuan agar surau kami ini dimantapkan lagi dengan pembaik-pulihan beberapa prasarana. Kami memohon bantuan. Bantuan Tuan-puan boleh disalurkan melalui akaun di bawah;
560027000108 (maybank)
Hubungi Hj Ayong (012 8192504), Pengerusi Surau.
semoga kita dirahmati Allah.
Tunduk Patuh Pada Allah
Antara ciri manusia itu ialah:
1. Jika disebut nama Allah, gementarlah hatinya
2. Orang yang sabar di atas musibah yang menimpanya
3. Orang yang melaksanakan solat
4. Orang yang menginfaqkan rezeki kurniaan Allah padanya
Rumusan ayat 35 surah al hajj.
Cukup jelas firman Allah SWT. Semoga kita tertakluk dengan ciri-ciri di atas.
29 Ramadhan